Misi Teluk Ramunia.
Kenderaan yang Yeop lenjan tak ingat di sepanjang misi.
Alluuuu semua....Sebagai entri pertama untuk blog ni kena la ceria sikit,betol tak? Kalau sombong2 ramai pulak yang benci dari yang sayang...
Mana Yeop pergi kali ni? Yeop pergi merayau tepi laut tapi bukan untuk main istana pasir atau menghitamkan kulit tapi atas urusan kerja...Yeop menyertai sukarelawan dalam Misi Membersihkan Pantai Dari Tumpahan Minyak, rajin la sangat tak pasal2 nak bersihkan pantai? Sedangkan jamban kat rumah sendiri pun berkarat...
Kesan2 tumpahan minyak masih kelihatan di sepanjang pantai...
Kalau yang tak pernah sampai ke Teluk Ramunia bley la bawak keluarga datang makan angin kat sini...Bukan la Yeop suruh mandi minyak kat sini, tapi dari maklumat terbaru yang Yeop dapat pantai2 di sepanjang negeri Johor yang terlibat dengan tumpahan minyak ni dah pulih 90% seperti sedia kala...Yeop nak tanya sikit? Kot ada sapa yang pernah bercuti,honeymoon atau berdating di Pantai Desaru? Ha,Pantai Teluk Ramunia ni dah dekat la tu kalau dari Desaru ikut signboard nak pergi ke Sg. Rengit atau Pengerang lebih kurang 45 minit...Banyak lagi pantai2 lain di sepanjang perjalanan ke Teluk Ramunia ni. Bagi Yeop semua pantai kat sini cun2 belaka...Memang sesuai la untuk orang2 yang kepala penuh dengan kekusutan datang ke sini untuk bercuti.
Pulau Batu Putih memang clear kalau tengok dari sini...Tapi macam mana pulak Singapura yang dapat???
Posted on Wednesday, July 7, 2010 by Yeop™., under kerja, rayau. 0 comments.
Aku Yeop.
Assalamualaikum....Kat sini Yeop nak cerita sikit pasal blog ni... Sikit dah la kot pasal kalau panjang sangat korang tydo pulak kan? Baca kat tajuk pun dah boleh agak apa yang Yeop nak kelentong kat sini...Tapi tang nama Yeop tu je la kelentong pasal aku berasal dari Perak....Tapi kalau yang lain2 dalam blog ni semuanya benar2 belaka...Sumpah Yeop tak tipu...
Posted on by Yeop™., under karya, rayau. 0 comments.